JANGAN TANGGUH TAUBAT

Apakah tanda taubat itu diterima?

1. Putus hubungan dengan kawan-kawan yang tidak baik dan bersahabat dengan
orang-orang soleh.
2. Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan.
3. hilang rasa senang pada dunia di hatinya dan selalu ingat kesusahan di akhirat.
4. Percaya pada jaminan ALLAH SWT dalam urusan rezekinya lalu sibuk dalam menunaikan
perintah ALLAH SWT.

Bila ada 4 tanda itu,maka dia tergolong dalam ayat,

"Sesungguhnya ALLAH SWT kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci".


Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:

1.Mereka cinta kepadanya kerana ALLAH SWT telah cinta padanya.
2.Mereka akan memeliharanya dan mendoakannya.
3.Mereka lupa pada dosa-dosanya yang telah lalu.
4.Mereka selalu membantu dan mendekatinya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

0 comments: