AZAMKU

Assalamua'laikum n slmt pagi..arini 25/4/09 bersamaan 28 RabiulAkhir 1430H..hmmm,x terasa ya masa 2 berlalu dengan pantas betul..kdg2 kita pun ndak sedar.Sebab tu lah ada peribahasa 'Masa itu Emas' kan..

Cakap tentang masa,skrg jam 7.12 am.tadi aku bangun jam 5.00 tapi sekadar utk off alarmku..smalam ingat mo bangun tahajud tapi mo buat camna kan,iman telampau lemah,hati pun makin keras..so ndak la bangun..berjaya si sang syaitan hari nie..bukan apa,lama sudah aku x bangun solat tahajud.So,rasa lemahlah..tahajud tu kan banyak fadhilatnya.Antaranya yang aku ingat,doa kita dimakbulkan,diberi keskuatan rohani n fizikal,dikurniakan lidah hikmah n paling penting,itu kan sunnah Nabi SAW.

Ada satu hadith Nabi SAW yang maksudnya,'kalau tidak memberatkan umatku,nescaya aku wajibkan solat malam (tahajud) kepada mereka'.Aku x ingat periwayatnya tapi ada dalam kitab Muntakab Hadith tu.

Cakap tentang masa ni kan,aku terfikir tentang azam untuk tahun nie.Sampai bulan 4 nie,setakat mana sudah kesungguhan kita untuk merealisasikan azam kita tu.Aku punya azam tahun nie simple jak.Aku bahagikan kepada 2 bahagian.1 untukagama n satu untuk dunia.Yang agama,ada 7:

1)Qada puasa 1429H = 9 hari - setakat ni aku baru berjaya ganti 6 hari,smga Allah terima hendaknya.Amin.
2)Qada puasa 1428H = 2 hari - ni aku x sempat ganti.Pengajaran supaya jangan ganti posa last2 minute.
3)Khatam Al-Quran 4x utk tahun 1430H nie
- 2x utk hak AQ
- 1x utk Ramadhan
- 1x sedekah utk abak,gedeh n umat Islam yang telah kembali ke sana.
Yang nie aku baru khatam 1x 22/04/09 = 25 rabiulakhir tadi.Alhamdulillah.
4)Pergi ta'alim masturat tiap2 minggu - ni paling teruk sbb jarang aku p.
5)Latih diri utk tahajud sekurang2nya 1x dlm 1 mnggu.
6)Latih diri utk amalkan solat 2 rokaat utk apa2 hal pun.
7)Qada puasa fidyah - suma ada 90 hari.Aku azam ganti 45 hari tapi nmpak gaya cam x kuat je.So aku ikut yg larat je.

Untuk dunia plak,aku azam nak cat rumah,siapkan langsir baru n pasang tikar baru before Raya Posa tapi nie kena tengok pada kewangan kitaorg jugak.Dan terbaru,azam aku nak blajar tentang penulisan buku n perniagaan internet.InsyaAllah Ta'ala.

So,dah tetapkan azam mestilah usahakan utk dilaksanakan.Apa2 hal pun,LU PIKIRLAH SENDIRI!!!

0 comments: